Tugas ini diberikan kepada Angkatan Petugas 121 (Task Force 121), angkatan pelbagai perkhidmatan yang terdiri daripada pengendali elit, termasuk Pasukan Delta Tentera Amerika dan SEAL.
Bagaimana ianya dilakukan?
"Pada dasarnya, menangkap Saddam Hussein terbukti lebih sukar daripada yang dibayangkan dan dipercayai dia akan bersama penasihat atasannya dan mengekalkan pertahanan terakhirnya"
Amerika Syarikat mendapat tahu yang sebaliknya berlaku adalah benar, yang pada dasarnya perkhidmatan ketenteraan dan risikan Iraq telah lenyap dimana mereka telah letak senjata, menukar pakaian seragam kepada pakaian biasa dan menghilangkan diri.
Saddam Hussein telah menaiki teksi bersama pengawal peribadinya bersama beg yang dipenuhi dengan wang tunai dan senjata serta bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang telah diaturkan dan tidak pernah tinggal di tempat yang sama lebih daripada satu malam.
Jadi apa maksudnya?
Menjejaki Saddam Hussein bermaksud menjejaki jejak digitalnya.
Akhirnya, beberapa penganalisis pintar USA yang terlibat dalam operasi tersebut telah menyatukan rangkaian signal telefon yang mereka jejaki itu dan mula menganalisis orang yang paling rapat dengan Saddam, terutama pengawal peribadinya.
Mereka fokus pada panggilan telefon di kawasan yang Saddam muncul dan mereka nampak satu corak panggilan yang sama daripada beberapa lokasi yang berlainan. Dan apabila mereka membuat analisis, mereka dapat meramalkan pergerakan seterusnya dan akhirnya dapat menjejaki lokasi persembunyian Saddam Hussein.
Lokasi persembunyian Saddam Hussien dikenalpasti berpunca daripada telefon.
Lokasi persembunyian Saddam Hussien itu adalah satu lubang yang disediakan di bawah tanah. Mereka jumpa tapak itu, pada mulanya tidak nampak apa-apa yang luarbiasa, dan terjumpa pintu rahsia ke bilik bawah tanah tersebut.
Setelah membuka pintu rahsia bilik bawah tanah tersebut, askar Amerika menyuluh dan cuba melemparkan bom tangan...dan tiba-tiba Saddam Hussien bersuara dan berkata, "jangan, berhenti.... sayalah president Iraq dan saya mahu berunding.
Akhirnya Saddam ditangkap dan dibicarakan dan dihukum mati pada 30 Disember 2006.
No comments:
Post a Comment